Cara Pos Barang Ke Luar Negara Paling Murah & Cepat (2025)




24/09/2025 12:00AM


Nak tembusi pasaran global tapi masih tak pasti cara pos barang ke luar negara yang paling jimat dan efisien? Artikel ini akan bongkar segalanya — dari pilihan kurier, harga pos ikut negara, hingga cara paling cepat dan selamat untuk usahawan Malaysia hantar produk ke luar negara.


Dalam konteks mengembangkan bisnes, ramai solopreneur dan usahawan di Malaysia masih terperangkap dengan stigma dan salah faham dalam pos barang ke luar negara seperti:


  1. Proses kastam rumit dan leceh

  2. Pos barang ke luar negara terlalu mahal

  3. Barang selalu hilang atau lambat sampai

  4. Hanya syarikat besar boleh buat penghantaran antarabangsa


Hakikatnya, dengan teknologi dan platform seperti MyParcel Asia, semua proses penghantaran antarabangsa kini boleh dibuat oleh sesiapa sahaja termasuk solopreneur dan usahawan mikro.


“Dengan MyParcel Asia, apa sahaja barang dari 1KG boleh dihantar ke 200+ negara sepantas 6 hari!”


Jika anda serius nak faham cara pos barang ke luar negara dengan murah, cepat dan tanpa stres,  teruskan baca artikel ini sampai habis. Kelak, anda akan tahu bagaimana nak kawal kos, pilih kurier terbaik dan urus penghantaran secara profesional tanpa middleman yang mahal.


"Logistik bukan lagi urusan belakang tabir. Ia kini penentu kejayaan bisnes dalam pasaran global." – World Bank Logistics Performance Index, 2023



Cara Terbaik Pos Barang Ke Luar Negara

  1. Kapal Laut


Penghantaran melalui laut sesuai untuk barang berat dan besar. Walaupun kosnya lebih murah, masa penghantarannya boleh mengambil antara 2 hingga 6 minggu. Pilihan ini sesuai untuk pengimport dan pengeksport yang tidak perlukan penghantaran segera.


  1. Kapal Terbang


Jika anda mahu penghantaran pantas ke luar negara, laluan udara adalah pilihan utama. Kurier seperti Aramex, EMS, dan DHL Express menggunakan laluan udara untuk pos ekspres dalam 2 hingga 7 hari bekerja. Dengan MyParcel Asia, anda boleh akses pelbagai syarikat kurier antarabangsa yang menawarkan penghantaran melalui udara.


Cara Pos Barang ke Luar Negara Paling Murah


Untuk dapat harga termurah, bandingkan servis yang disediakan oleh pelbagai syarikat kurier antarabangsa melalui MyParcel Asia. Contohnya, Air Parcel adalah antara servis pos murah untuk berat 1KG ke Indonesia bermula RM93.20 sahaja.


Tip tambahan:


  • Gunakan pembungkusan padat dan ringan

  • Elakkan barang larangan yang boleh kena caj tambahan

  • Hantar ke negara jiran dahulu jika guna hub logistik

  • Kalau kelajuan jadi keutamaan, gunakan servis ekspres seperti:

  • Redly Express (penghantaran 2–4 hari bekerja)

  • DHL Express (standard penghantaran 3–5 hari)

  • EMS Malaysia (7 hari bekerja ke Asia Tenggara)


Semua ini tersedia di MyParcel Asia dengan harga diskaun eksklusif. Anda juga boleh dapat tracking penghantaran secara masa nyata.


Senarai Kurier Pos Barang ke Luar Negara


Berikut ialah syarikat penghantaran barang yang tersedia di platform MyParcel Asia:


EMS

Servis Pos Malaysia untuk destinasi global. Sesuai untuk usahawan mikro dan penghantaran dokumen rasmi. Liputan ke lebih 200 negara dengan harga yang mampu milik untuk warganegara Malaysia.


Aramex

Kurier ekspres dari Timur Tengah yang terkenal dengan servis ke Asia Barat, Eropah dan negara Asia ini turut menawarkan servis penghantaran barang ke luar negara dari Malaysia dengan jaminan servis yang tertinggi. 


Air Parcel

Pilihan ideal untuk penghantaran pukal dengan bajet rendah. Menggunakan saluran komersial udara dan lazimnya digunakan solopreneur dan usahawan di Malaysia sebagai starter kurier mereka dalam mengembangkan bisnes ke luar negara.


Redly Express

Premium courier yang terkenal dengan penghantaran cepat dan jaminan selamat. Sesuai untuk produk mahal dan urgent dan fragile. Majoriti usahawan dan SME yang menjual produk yang mahal akan menggunakan Redly Express. 


Harga Anggaran Pos Barang ke Luar Negara (1KG, masa terpantas)


  1. Indonesia – RM93.20 (Aramex)

  2. Thailand – RM50.00 (EMS)

  3. Singapura – RM49.00 (Redly Express)

  4. Brunei – RM67.00 (EMS)

  5. Australia – RM139.00 (Air Parcel)

  6. India – RM159.00 (Aramex)

  7. United Kingdom – RM179.00 (Redly Express)

  8. Amerika Syarikat – RM189.00 (DHL Express)


Nota: Harga ini bergantung kepada saiz, berat dan lokasi penerima. Gunakan kalkulator penghantaran MyParcel Asia untuk semakan terkini.


Senarai Barang Larangan Pos ke Luar Negara


  • Bahan kimia berbahaya

  • Produk segar dan basah

  • Dadah dan ubat tanpa kelulusan

  • Cecair mudah terbakar (perfume, aerosol)

  • Barang antik atau barang bernilai tinggi (tanpa dokumen)


Rujuk shipping declaration form atau hubungi MyParcel Asia untuk semakan bergantung kepada negara.


Faktor Memilih Kurier Untuk Pos Barang


  1. Harga

Banding harga mengikut destinasi dan berat. Gunakan MyParcel Asia untuk cari tawaran harga terbaik dari semua kurier untuk pos barang ke luar negara (international shipping).


  1. Kawasan Liputan

Anda wajib memilih kurier yang ada liputan luas dan tidak terbatas kepada kawasan bandar sahaja, ini termasuk kawasan luar bandar dan pinggir bandar. 


  1. Kualiti Servis

Anda disarankan menggunakan syarikat penghantaran barang yang ada rekod tepat masa dalam penghantaran barang dan support dari tim mereka yang mesra. 



  1. Review Pengguna

Anda boleh semak testimoni atau ulasan pengguna yang pernah menggunakan servis mana-mana kurier untuk lokasi yang anda ingin hantar barang sebelum buat tempahan dan pembayaran. 


  1. Reputasi

Syarikat kurier antarabangsa seperti DHL, Aramex Malaysia, dan EMS Malaysia mempunyai reputasi tinggi. Jadi, ada baiknya jika anda memilih kurier antarabangsa yang ada reputasi, bukan sekadar nak murah sahaja. 


Guna MyParcel Asia Untuk Dapat Semua


Sejak tahun 2021, kami telah menjalankan pelbagai kajian tentang kenapa MyParcel Asia menjadi pilihan utama solopreneur, usahawan dan SME di Malaysia. Ini alasannya : 


  1. Customer Support 24/7

  2. Banding harga secara automatik

  3. Hanya kurier antarabangsa yang sah & berdaftar 

  4. Akses kepada lebih 15 syarikat penghantaran barang

  5. Boleh integrasi dengan Shopee, Lazada, WooCommerce

  6. Diskaun sehingga 50% untuk penghantaran antarabangsa


"Sistem logistik moden memberi kuasa kepada usahawan kecil untuk berdaya saing secara global." – World Economic Forum, 2023


Ringkasnya, cara pos barang ke luar negara bukan lagi proses yang rumit dan mahal. Dengan bantuan platform seperti MyParcel Asia, anda boleh kendalikan penghantaran antarabangsa seperti pro — murah, cepat dan selamat.


Sebagai usahawan, kecekapan dalam logistik adalah kelebihan kompetitif yang anda boleh kawal dalam berperang dengan pesaing dalam industri anda. Jangan tunggu syarikat besar saja yang eksport. Anda pun boleh.


Platform seperti MyParcel Asia membolehkan anda akses syarikat kurier antarabangsa terbaik, jimat kos, dan capai pelanggan luar negara lebih cepat.